Who are telling the truth - media or football fans?

10/04/2012

Media describe a two siblings as football hooligans but many facebookers do not agree with this.

And they have copies of videos to support their claims that the siblings were merely defending themselves from the police's harsh treatment.

Now ... what will happen ??? 

Will the media make a serious attempt to rectify its report??? Or will they ignore it with a hope that the fans will soon forget about the issue???

Or the media will continue its claim that the siblings are hooligans??? 

-------------

Penyangak bola sepak ditahan
by Sandy Mark Luna.
Posted on April 9, 2012, Monday


Dua beradik ditahan kerana serang anggota PORU
selepas perlawanan Sarawak-Kelantan



KUCHING: Dua beradik ditahan petang semalam berhubung serangan yang mengakibatkan seorang anggota Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) cedera parah di bahagian mulut selepas perlawanan bola sepak Sarawak menentang Kelantan.

Kedua-duanya diberkas di kediaman mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya sekitar jam 6 petang.

Suspek-suspek yang merupakan adik-beradik itu masing-masing berumur 28 dan 30 tahun.

Mereka ditahan selepas mengakibatkan seorang anggota PORU cedera teruk di bahagian mulut apabila dibelasah secara bertubi-tubi di Stadium Negeri, di sini malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (KPD) Superintenden Pauzi Bujang ketika dihubungi Utusan Borneo yang enggan mengulas dengan lebih lanjut memberitahu kes itu sedang disiasat.

“Kami (polis) tidak dapat memberi sebarang komen (sehingga siasatan selesai),” katanya.

Dalam insiden yang berlaku sejurus perlawanan tamat, dua anggota PORU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan.

Bagaimanapun, ia berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan.

Bagaimanapun, cubaan anggota PORU lain untuk memberi bantuan kepada rakannya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dihalang oleh salah seorang penyerang.

Kekecohan itu terjadi apabila sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan saling berperang mulut sebelum pergaduhan terjadi.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton bagi meleraikan pergaduhan sebelum ia menjadi lebih teruk.

Mangsa seterusnya dikejarkan oleh unit ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.