Direktori Biz Muslim Sarawak
mengucapkan
SELAMAT DATANG !!!


Sesungguhnya segala puji milik Allah subhanahu wata’ala.

Kita memuji, memohon pertolongan dan petunjuk hanya kepada Nya.

Kita berlindung kepada Allah subhanahu wata’ala dari keburukan jiwa kita dan dari keburukan amal perbuatan kita.

Selawat dan salam kita sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti petunjuknya.

Diatas kesedaran perlunya ada direktori untuk perniagaan yang diusahakan oleh masyarakat Islam di Sarawak, satu inisiatif telah dibuat untuk mengwujudkan blog ini untuk menyenaraikan syarikat-syarikat milik orang Islam Sarawak (sekurang-kurangnya 51 peratus pegangan ekuiti) di Sarawak.

Direktori ini berusaha untuk mencapai dua objektif:-

PERTAMA, untuk memudahkan masyarakat Islam Sarawak mendapatkan maklumat dan menghubungi syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ataupun produk yang dikehendaki; dan

KEDUA, untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dikalangan peniaga Islam Sarawak.